Tips Kereta

Tips Dan Panduan Menjaga Kereta

Cara Penggunaan Gear Automatik Yang Betul

Cara Penggunaan Gear Automatik Yang Betul. Berdasarkan info yang saya dapat, ada kaedah yang betul dalam penggunaan gear automatik. Penggunaan gear auto yang betul juga sangat penting bagi mengelakkan gear box daripada cepat rosak. Ini juga merupakan sebahagian daripada tips menjaga kereta yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

Tips Penggunaan Gear Automatik Yang Betul

Berikut adalah keterangan bagi setiap jenis gear yang anda akan jumpa pada gear automatik

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. Bukannya parking. Jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja.

3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L – Low gear, gear pertama


Cara Menggunakan Gear Auto Yang Betul

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:

1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Untuk Memandu :

1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol atau butang pada batang gear :

1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear :

P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara

N > D
D > N
D > D3
D3 > D

Bagi gear auto yang mempunyai lekuk-lekuk tu dikira selamatlah sebab tombol pun tak ada kan? Ok faham kan?
 
Copyright © 2014 Tips Kereta - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info