Tips Kereta

Tips Dan Panduan Menjaga Kereta

Panduan Menjaga Kereta Supaya Susah Rosak

Panduan Menjaga Kereta Supaya Susah Rosak. Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Ramai pelanggan yang datang ke bengkel berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri.

Panduan Menjaga Kereta Agar Tahan Lama

tips dan panduan menjaga kereta agar susah rosak

 Biasanya kes-kes kerosakan yang biasa berlaku :
  • Enjin selalu panas kerana jarang memeriksa air di radiator.
  • Enjin terasa berat kerana salah memilih minyak hitam.
  • Kes paling teruk enjin perlu dioverhaul kerana tak pernah tukar minyak hitam.
Pendek kata 101 punca kerosakan pada kereta adalah kurangnya ilmu. Bayangkan anda dah beli kereta dan bayaran bulanan sebanyak 8 ratus sebulan. Tiap-tiap bulan anda perlu keluarkan sejumlah wang ini untuk bayar kereta secara ansuran.


Tapi yang tak best jika penyelenggaraan kereta anda tidak dilakukan dengan betul, anda sebenarnya membazirkan tambahan ratusan ringgit sebulan yang sebenarnya boleh dielakkan dengan ilmu dan kemahiran penyelenggaraan kereta yang sebenar.

Kalau kita tak peka dengan penjagaan kereta, banyak masalah akan timbul yang melibatkan risiko kerosakan. Anda nak kereta kekal tip-top tetapi tak nak menjaganya.

Tips Servis Kereta Anda Mesti Tahu

  • Anda mesti kenali workshop manakah yang bagus?
  • Fahami adakah kereta anda perlu selalu diservis? Jika perlu bila? Pada kilometer ke berapa?
  • Anda juga wajib tahu bahawa kereta yang lambat dihantar servis, akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti kerosakan ruang enjin, kebocoran kuasa dan akhirnya perlu di overhaul untuk menyelamatkan enjin! Kosnya? Boleh mencecah RM4,000!
  • Bagaimana sesuaikan keadaan pemanduan dengan servis kereta.
  • Alat ganti bagaimana yang anda perlu pilih?
  • Bilakah waktu dikira kereta sudah lambat diservis?

Tips Penjagaan Enjin Anda Mesti Tahu

Enjin adalah nadi kereta anda, sekali rosak, ribuan ringgit wang anda akan hangus begitu sahaja. Anda mesti tahu :
  • Bagaimana mengelakkan calar-calar halus akibat pergerakan bahagian enjin yang belum disaluti minyak hitam dan mengurangkan risiko kerosakan lebih besar.
  • Teknik penting sebelum anda memberhentikan kereta.
  • Bagaimana menjaga kereta yang hanya dipandu sebulan sekali.
  • Bilakah kereta anda perlu rehat ketika mememandu jarak jauh.
  • Belajar 5 langkah bagaimana memeriksa minyak hitam atau pelincir.
  • 3 Langkah menjaga Radiator.
  • Teknik betul dalam membuka penyaman udara kereta. Jika tak tahu, ia akan memendekkan hayat sistem penyaman udara anda.

Tips Penjagaan Tayar Anda Mesti Tahu

Wow, nak jaga tayar kereta pun nak kena ada ilmu yang betul. Silap haribulan, anda lebih berisiko terdedah kepada kemalangan. Anda kena tahu :
  • Apa tindakan sebenarnya yang anda perlu buat apabila sampai ke bump atau lubang jalan raya.
  • Bagaimana memilih tayar yang sesuai dengan keperluan anda.
  • Bilakah anda perlu periksa keadaan tayar? Setiap hari? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Well, sebenarnya tak perlu setiap hari pun, tapi anda WAJIB tahu dulu fakta ni.
Nampaknya banyak perkara-perkara yang anda perlu tahu untuk menjaga kereta agar kereta anda tahan lama. Kereta adalah liabiliti yang akan menyebabkan wang anda keluar. Jadi anda kena belajar bagaimana nak menjaga kereta anda agar wang yang dikeluarkan dapat dikurangkan.


 
Copyright © 2014 Tips Kereta - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info